Kelas Pendidikan Al Furqan

Pengenalan

Home
Pengenalan
Logo
Misi
Visi
Objektif
Pengajian
Keistimewaan
Syarat & Peraturan
Objektif Pembayaran Yuran

Membaca Al Quran adalah merupakan suatu kemestian ke atas setiap orang Islam. Sebagai seorang muslim, kemampuan membaca Al Quran amatlah dituntut. Walaupun demikian, segala tuntutan tersebut tidak dapat dicapai sekiranya asas ke arah itu tidak dapat diatasi.

Firman Allah Subhanahu Wa Ta`ala yang bermaksud:
Bacalah dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang menciptakan. [Surah Al-`Alaq,ayat 1]

 
 

Rasullullah S.A.W telah bersabda yang maksudnya :
Sebaik-baik kamu siapa yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.

Bacalah olehmu akan Al Quran, Maka sesungguhnya ia akan datang memberi syafaat kepada pembacanya di akhirat kelak

 

 
 

Al-Furqan berasal dari perkataan arab yang membawa maksud ``keterangan yang membezakan yang hak dengan yang batil``. Al-Furqan juga di ertikan sebagai ``Al-Quran``. Firman Allah Ta`ala dalam Surah Al-Furqan, ayat 1, yang bermaksud :
“ Maha Suci Allah yang telah menurunkan Al-Furqan (Al-Quran) kepada hambanya, agar dia menjadi pemberi peringatan kepada seluruh alam.”

 

 

Bertitik tolak dari sinilah Kelas Pendidikan Al-Furqan telah ditubuhkan semenjak tahun 1996

Kelas Pendidikan Al Furqan * Masjid Universiti * Universiti Brunei Darussalam * Negara Brunei Darussalam *